Pengurus Salon Maut Terperangkap Dalam Mesin Rawatan

Pengurus Salon Maut Terperangkap Dalam Mesin Rawatan


Pengurus salon di temui maut di sebuah salon miliknya di Amerika Syarikat. Wanita itu meninggal dunia dalam keadaan beku di dalam cryochamber selepas dia secara tidak sengaja telah terkunci di dalam mesin berkenaan.

Dikatakan mesin berkenaan ketika itu suhunya menurun ke -240 farenheit atau kira-kira -150 darjah celsius.

Mangsa bernama Chelsea Ake kini berumur 24 tahun dan bekerja sebagai pengurus salon Rejuvenice di Henderson, Nevada, ditemui mati oleh pekerjanya.

Siasatan mendapati kemungkinan Ake menggunakan mesin berkenaan tanpa bantuan pembantunya dan lemas ketika berada di dalamnya.

Dia dikatakan berada di dalam mesin berkenaan keseluruhannya selama 10 jam sebelum dijumpai pekerjanya itu.

Cryotherapy merupakan alternatif kepada air sejuk atau ais tetapi mesin itu tidak boleh digunakan lebih 3 minit disebabkan suhunya amat sejuk.

Ia digunakan untuk merawat pelbagai kerosakan tisu dan sering digunakan oleh ahli sukan yang mengalami kecederaan otot.

Mesin tersebut kini semakin popular dan dapat membantu pemulihan kesakitan harian, radang, tenaga dan pelbagai lagi.

Kes ini menyebabkan pihak berkuasa mengkaji semula keselamatan mesin berkenaan.

Ini contoh mesin cryochamber


0 Response to "Pengurus Salon Maut Terperangkap Dalam Mesin Rawatan"

Post a Comment